Pentingnya Hutan Bakau.

3:08 AM

Hutan Bakau banyak boleh ditemui di sekitar muara sungai yang biaasanya terletak bersempadanan dengan laut.


Terdapat beberapa kepentingan Hutan Bakau, antaranya:

  • Sebagai kawasan yang menyediakan detritus atau bahan-bahan yang berada di sekitarnya sebagai sumber mineral serta makanan untuk hidupan di sekitarnya.
  • Hutan Bakau bertindak sebagai Zon Penampan bagi mengurangkan tenaga yang diakibatkan oleh bencana seperti ombak besar (tsunami), dan juga ribut kencang. Ini kerana struktur fizikalnya telah mengurangkan tenaga yang dibawa oleh bencana ini dan seterusnya melindungi ekosistem di dalamnya.
  • Hutan bakau sangat penting dalam ekosistem laut kerana di sinilah bermulanya sumber makanan untuk hidupan laut yang lain.
  • Hutan Bakau sangat penting sebagai lokasi pengendapan sedimen yang utama bagi ekosistem laut kerana pemendapan sedimen ini mampu mengelakkan air laut dari menjadi keruh dan seterusnya mengancam kehidupan terumbu karang.
  • Hutan bakau juga penting kerana di sinilah kawasan paling selamat dan berkesan untuk hidupan laut mengawan dan seterusnya menambahkan bilangan mereka yang juga salah satu sumber makanan yang utama bagi manusia.

You Might Also Like

0 comments

Comments System

Disqus Shortname

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images