Kain bertindak sebagai 'Speaker' & 'mikrofon'.

6:46 AM

Bayangkan anda memakai baju yang boleh bertindak sebagai mikrofon untuk sekitaran hidup anda, atau juga boleh bertindak sebagai pemerhati yang mendengar kadar denyutan jantung serta perjalanan darah dalam badan anda. Ataupun lebih menarik lagi,penggunaan pukat di lautan untuk pengimejan sonar serta mengawasi aktiviti dalam lautan.

Para pengkaji dari MIT (massachusetts institute of technology) telah membangunkan fabrik generasi hadapan yang mana boleh digunakan secara praktikal serta kemungkinan yang tiada hadnya untuk mengumpulkan data akustik dari alam sekitar. Jalinan serat yang dapat "mendengar" serta "mengeluarkan bunyi" mampu menukarkan kaedah penggunaan fabrik dalam berinteraksi dengan alam sekitar.

Yoel Fink, seorang Profesor Madya dari MIT dalam bidang Sains bahan dan penyiasat utama dalam Makmal Elektronik MIT. Hasil kerjasama yang dijalankan, akhirnya serat yang dihasilkan mereka telah berjaya untuk mengesan dan juga menghasilkan bunyi. Ini bermakna secarik kain bersamaan dengan jutaan alat pengesan akustik yang dikumpulkan bersama.


Sumber:
http://web.mit.edu/newsoffice/2010/acoustic-fibers-0712.html
Credit: Research Laboratory of Electronics at MIT/Greg Hren Photograph


"Sains itu HIDUP, terokai sehabisnya!"

You Might Also Like

2 comments

Comments System

Disqus Shortname

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images